Kompleks Perkayuan Kelantan buat perubahan operasi

KOMPLEKS Perkayuan Kelantan (KPK) Sdn Bhd - anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) - melakukan beberapa perubahan sejak awal tahun ini bagi mengoptimakan penge-luaran dan pada masa yang sama menjimatkan kos.

Pengerusinya, YB Haji Zulkifli Mamat, yang juga ADUN Pulai Chondong berka-ta, antara perubahan yang dila-kukan termasuklah KPK tidak lagi menjual kayu balak di ka-wasan yang dimilikinya kepada mana-mana syarikat pembalak-an seperti sebelumnya.

Sebaliknya, tambah beliau, kayu-kayu balak yang ditebang adalah digergaji terlebih dahulu sebelum dijual kepada pihak lain.

Tambahnya lagi, semua usaha pembalakan dan industri hilirannya dilakukan sendiri oleh KPK dan anak-anak syarikatnya iaitu KPK Holding, KPK Raya dan KPK Sawmill.

KPK Holding menguruskan konsesi kawasan pembalakan yang diluluskan oleh kerajaan, KPK Raya menjalankan kerja perawatan hutan dan KPK Sawmill memproses balak untuk digergaji.
YB Haji Zukilfi berkata, perubahan yang dilakukan ter-masuk memindahkan operasi pengurusan projek yang dijalankan.

“Pengurusan KPK Raya akan bermarkas di setesen tapak kilang di Stong dan KPK Holding akan dipindahkan ke Tanah Merah memandangkan kedudukannya lebih dekat dengan kawasan operasi,” ujarnya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman - MoU bagi pembinaan jalan pembalakan KPK di Stong baru-baru ini. 


HOME