PELBAGAI pihak kagum dan takjub dengan YAB Menteri Besar Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat.
Antara faktornya ialah kerana beliau sentiasa ‘BERCAKAP SERUPA BIKIN’.
Beliau sering nyatakan bahawa kerajaan yang ditadbirnya sentiasa berusaha untuk menjalin hubungan baik dengan pihak pusat.
Ini benar-benar dipraktikkannya apabila dia sanggup dipimpin ( lihat gambar ) oleh Pengerusi Eksekutif KADA Tan Sri Hussein Ahmad (yang berbeza wadah dan pendekatan perjuangan) yang dikatakan amat kagum dan takjub dengan sikap keterbukaan YAB Menteri Besar.
Alangkah bertuahnya
negeri dan rakyat Kelantan jika semua lapisan masyarakat khususnya pegawai
kerajaan dapat menteladani tokoh-tokoh ini.