PENGARAH Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan Dr Ahmad Suhaimi Omar berkata adalah dijangkakan bahawa ternakan kerbau di negeri ini dijangka pupus pada tahun 2023.
Andaian itu dibuat berdasarkan kepada jumlah ternakan itu yang semakin mengecil, katanya ketika memberi taklimat pada Sessi taklimat oleh Ketua-Ketua Jabatan Di bawah Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industeri Desa di Bilik Gerakan Negeri Kota Darulnaim baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya Kelantan menunjukkan peningkatan dalam bidang ternakan lembu yang menampakkan peningkatan jumlah khususnya bila berlaku kemelesetan ekonomi.
Katanya, jabatan itu juga mencuba temakan rusa untuk dikomersialkan bagi mendapatkan tanduknya yang bernilai tinggi di pasaran dunia kerana dipercayai dapat mengubat penyakit mandul di samping turut dicuba ternakan burung unta.
Antara ladang percubaan
bagi kedua-dua ternakan itu ialah di Mahligai Rong Chenak, Pasir Mas.