KAMPUNG Nering Pasir Puteh muncul sebagai johan Kampung Contoh Desa Taqwa Peringkat Negeri 1998.
Upacara pcnyampaian hadiah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita Dan Hubungan Antara Kaum, YB Haji Hassan Mohamad.
Dengan kemenangan itu kampung berkenaan akan mendapat beberapa kemudahan tcrmasuk sumbangan kewangan bagi pembiayaan projek-projek pembangunan rohani dan jasmani.
Dalam ucapannya sebelum menyampaikan
hadiah, YB Haji Hassan mengajak masyarakat setempat supaya mengamalkan
cara hidup yang bukan sahaja disenangi oleh jiran sekampung tetapi hendaklah
berusaha untuk menjadi hamba yang disenangi oleh Allah.
Katanya jika kita sebagai
hambaNYA disenangi oleh Allah, maka pelbagai nikmat dan hikmat akan dapat
dirasai di dunia atau selepas mati.
Sebagai penganut agama Islam
tidak ada yang lebih bermakna bagi kita selain daripada hidup dan mati
kita dalam keadaan disenangi oleh Allah Maha Pencipta.
Antara sifat yang disenangi
oleh Allah ialah sentiasa mengeratkan hubungan jiran sekampung berdasarkan
lunas-lunas yang yang ditentukan oleh ajaran Islam.