BERDASARKAN pengalaman masa lalu, kerajaan mengambil sikap lebih berhati-hati untuk membuat persetujuan dalam konteks peiigswastaan, kata Timbalan Menteri Besar YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.
Menjawab soalan dalam Dewan Undangan Negeri, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Sains Dan Teknologi berkata atas dasar itulah juga kerajaan belum lagi memberi kata putus untuk mengswastakan urusan pemungutan sampah di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKM)
Katanya kajian terperinci perlu dibuat sebelum cadangan itu diterima bagi memastikan ianya tidak akan membebankan kerajaan.
Beliau berkata walaupun syarikat yang akan mengendalikan pemungutan sampah adalah yang dipilih oleh Kerajaan Perumahan Dan Tempatan tetapi bukan semua negeri bersetuju menggunakan khidmat syarikat berkenaan kerana tidak berpuashati dengan beberapa syarat.
Mengenai masalah dalam MPKB,
YB Ustaz Abdul Halim berkata ianya sudah selesai hasil penanganan secara
bijaksana oleh pihak berkaitan.