JABATAN-JABATAN berkaitan dengan bidang pertanian akan dipastikan memainkan peranan aktif dalam usaha untuk memastikan Kelantan akan muncul sebagal pengeluar makanan utama negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar Dan Industeri Desa, YB Haji Omar Mohamad memandang Kelantan adalah negeri pertanian, maka impian untuk menjadi negeri pengeluar utama makanan negara bukanlah sesuatu yang bersifat omong-omong kosong.
"Pokok pangkalnya mahu atau
tidak rakyat negeri ini mengeksploitasi identitinya sekarang kerana pertanian
yang benar-benar komersial", katanya ketika menjawab soalan di Dewan Undangan
Negeri baru-baru ini.