Program Sesa Takwa bermatlamat untuk mewujudkan anggota masyarakat yang tawadhuk selaras dengan tuntutan agama, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum, YB Haji Hassan bin Muhammad.
Menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri, beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, adalah menjadi kerja kerajaan untuk bukan sahaja membangun manusia dalam bentuk fizikal tetapi juga dalam bentuk kerohanian.
“ Manusia akan benar-benar
menjadi manusia jika sempurna rohaninya ”