Taraf pembelajaran sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah sama dengan taraf pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan. Penerangan Dan Dakwah YB Haji Mohamad Daud Iraqi ketika menjawab soalan di Dewan Undangan berkata, pelajar sekolah YIK pada hakikatnya beruntung kerana menerima dua ilmu serentak iaitu ilmu keduniaan dan ilmu akhirat.
Bagaimanapun katanya kerajaan
sentiasa melipatgandakan usaha bagi meningkatkan mutu pendidikan sekolah-sekolah
YIK dengan menganjurkan kursus semasa cuti kepada tenaga pengajarnya.