Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia YB Hj Abdullah bin Yaakob berkata kerajaan negeri tidak pernah malu walaupun jumlah pelabur yang melabur di negeri ini kecil berbanding dengan negeri-negeri lain.
“ Kita mengambil sikap mengukur baju pada badan sendiri ”, tegasnya ketika menjawab soalan pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Katanya antara faktor kecilnya jumlah pelabur ialah kerana masalah kedudukan negeri ini sendiri disamping gambaran buruk oleh pihak lawan terhadap kerajaan yang memerintah.
Bagaimanapun, katanya berbanding dengan semasa pemerintahan kerajaan yang lepas selama lebih 12 tahun, jumlah pelaburan di bawah kerajaan yang ada sekarang jauh lebih tinggi dan kerajaan pada dasarnya berpuas hati.