MB imamkan 10,000 bersolat hari raya

Lebih 10,000 umat Islam solat sunat Hari Raya ‘Idilfitri berimamkan YAB Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Masjid Pulau Melaka pada 1 Syawal lalu.

Sebagaimana pada hari raya sebelum ini, masyarakat pelbagai kaum dan fahaman agama dari dalam dan luar Kelantan turut mengambil kesempatan mengunjungi Menteri Besar sambil berpeluang melihat tatacara kehidupan serba sederhana pemimpin Kerajaan Kelantan ini.

Walaupun keletihan, YAB Tuan Guru tetap menggagahkan diri melayani tetamu.
Dalam khutbah ‘Idilfitrinya, YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar mengajak seluruh rakyat, khususnya umat Islam, mengamalkan kesederhanaan hidup dan memastikan setiap rezeki yang diperolehi adalah dari punca dan sumber yang halal.

Katanya, antara rezeki yang tidak halal termasuklah hasil rasuah, kenaikan pangkat melalui bodek dan apa jua cara yang tidak menurut saluran yang betul bagi kakitangan kerajaan, mengambil untung yang melampau bagi peniaga, atau mengamalkan tatacara yang tidak selari dengan Islam.
Rakyat juga diingatkan supaya mengelakkan diri daripada membazir dan hidup mewah kerana ini boleh melalaikan. 


HOME