Hidroponik boleh didapati di Jabatan Pertanian, Lundang

LEBIH 300 takung hidroponik telah dijual kepada orang ramai oleh Jabatan Pertanian Kelantan dalam usaha menggalakkan semua lapisan masyarakat negeri ini menggunakan kaedah hidroponik dalam pertanian.

Penolong Pengarah Pertanian (Pengembangan), Jabatan Pertanian Kelantan, Pudzi Haron berkata, takung itu berserta benih dan baja dijual kepada orang ramai dengan harga RM20. Ini boleh didapati di Jabatan Pertanian , Lundang.



 

Industri perumahan Kelantan tidak terjejas dengan ruduman

PEMAJU perumahan di Kelantan tidak sukar untuk mendapatkan pembeli walaupun 100 peratus rumah terpaksa dijual kepada bumiputera, kata Setiausaha Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia Cawangan Kelantan, Wan Mohd. Dzulkifli Wan Daud.

Dalam suasana kemelesetan ekonomi negara sekarang, industri pembinaan rumah kos sederhana dan rendah di Kelantan tidak pula banyak terjejas berbanding sebelum ini, tambah beliau.

Menurutnya, kajian persatuan mendapati kebanyakan pemaju di negeri ialah bumiputera yang membina rumah kos rendah dan sederhana manakala 95 peratus pembeli pula ialah kakitangan kerajaan kerajaan yang mendapat pinjaman perumahan dari kerajaan dan tidak tertakluk kepada kenaikan kadar faedah institusi kewangan.

Bagaimanapun, harga bahan yang tidak stabil dan kos tenaga kerja yang sentiasa berubah-ubah menyebabkan sukar hendak menetapkan harga rumah, katanya. 


HOME