Demikian dijelaskan oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, YABrs. Tuan Haji Hashim Bani Abd. Hamid di Majlis Keberangkatan DYMM Raja Perempuan Kelantan ke Kampung Bechah Semak, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan untuk pengurniaan bantuan kepada golongan miskin pada 24 Januari 1995 lalu.
Kata beliau lagi, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas juga telah menerima peruntukan sebanyak RM7,000.00 daripada Pejabat Pembangunan Negeri bagi pembelian 28,000 ekor anak ikan keli untuk dibahagikan kepada 14 penternak di Kampung Bechah Semak.
“Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pembangunan Negeri meluluskan juga
RM10,000.00 bagi membaiki Masjid Mukim Bechah Semak.
Kampung Bechah Semak mendapat tempat kedua dalam pertandingan Kampong
Contoh peringkat Negeri Kelantan tahun 1994 dan telah memenangi dua kategori
utama iaitu landskap dan kebersihan.