Kejayaan tersebut dicapai hasil kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk pegawai dan kakitangan MDPM serta para peniaga dan masyarakat seluruh jajahan Pasir Mas.
Yang DiPertua Majlis Derah Pasir Mas (MDPM), YABrs Tuan Haji Hashim Bani Abdul Hamid berkata demikian di Majlis Penyampaian Surat Perlantikan dan Pengakuan Menerima Jawatan Ahli-Ahli Majlis Daerah Pasir Mas.
Menurut beliau lagi, sepanjang tahun 1994, MDPM juga telah membelanjakan sejumlah RM 2.096 juta untuk pelbagai projek pembangunan seperti jalan, pemparitan, program pengindahan, gerai-gerai jualan dan pengurusan MDPM. Dari jumlah itu, hampir RM 0.5 juta dikhususkan untuk projek pembangunan dan keindahan bandar.
Di majlis yang sama juga, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hj. Halim Mohamed telah menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri kepada MDPM sebanyak RM316,000.00. Daripada jumlah itu, RM216,000 adalah peruntukan geran keseimbangan peringkat pertama bagi tahun 1995 dan selebihnya untuk projek pembaikan jalan raya.