Kestabilan dicapai jika
hidup ini bertujuan semata-mata mencari keredhaan allah
Walaupun ada orang yang merasa kelam-kabut apabila disebut perkataan ‘mencari
keredhaan’ Allah tetapi pada hakikatnya ajaran inilah jika kita amalkan
membuat hidup kita di dunia ini stabil dan makmur, aman dan padu, umpamanya,
amalan membantu orang miskin, bercakap benar, menjaga hak-hak orang lain
dan lain-lain semuanya itu membawa kepada kestabilan, kerana dalam pendirian
hidup muslim, keredhaan Allah adalah yang sangat penting sehingga semua
tujuan dan target yang lain adalah kecil dalam semua urusan hidup mereka
jika dihalangkan untuk mencari keredhaan Allah.