Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hari Keluarga Parlimen Kota Bharu, Encik Mohd. Nor Idris, objektif utama program tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan antara umat Islam dan meningkatkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di Parlimen Kota Bharu. Orang ramai juga berpeluang untuk beramah mesra dengan ahli-ahli DUN dan Parlimen kawasan Kota Bharu.
Program sehari itu akan diserikan dengan acara sukaneka, persembahan
kebudayaan, deklamasi sajak, pasaria, ceramah kekeluargaan dan perpaduan
serta pameran daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri yang akan turut serta.
Menurut En. Mohd Nor lagi, program Hari Keluarga tersebut telah diilhamkan
oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Puan Hajjah Ilani Binti Dato’ Isahak
dan akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Haji
Mohd. Rozali Isohak.
Lebihkurang 5,000 orang warga Kota Bharu dijangka akan menyertai program itu bersama dengan Ahli-Ahli DUN dan Parlimen Kota Bharu.