Timbalan Menteri Besar, YB Tuan Haji Abdul Halim Abdul Rahman berkata demikian di Majlis Penyampaian Hadiah Kampung Terbaik, di Kampung Nering, Pasir Puteh pada 26 Januari 1995 yang lalu.
Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan peruntukan Kerajaan Negeri sejumlah RM153,000 kepada Jajahan Pasir Puteh bagi digunakan untuk membiayai pelbagai projek di jajahan itu.
RM25,000 untuk memperbaiki dan memperelokkan Jalan Semerak ke Tok Bali; RM25,000 untuk Jalan Sungai Petai ke Gong Datuk; RM30,000 untuk Jalan Gong Kemuning ke Bukit Awang; dan RM30,000 untuk Jalan Gong Kemuning ke Gong Chokoh.
Selain itu, peruntukan Kerajaan Negeri itu juga akan digunakan untuk projek jambatan iaitu RM8,000 untuk Jambatan Chekar, RM8,000 untuk Jambatan Raja Dagang dan RM24,000 Jambatan Batu Berendam. Manakala RM3,000 diperuntukkan bagi membaiki bekalan air di FELCRA Gong Genor.