Bekalan makanan di Kelantan masih mencukupi

BEKALAN makanan di Kelantan sehingga kini masih lagi mencukupitermasuk padapi kemelesetan ekonomi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamed berkata, kegiatan pertanian yang dijalankan oleh petani di negeri ini sehingga sekarang mampu mengeluarkan hasil untuk kegunaan penduduk.

Bagaimanapun beliau berharap rakyat melibatkan diri secara aktif dalam bidang pertanian dan penternakan untuk menghasilkan makanan sebanyak mungkin.

Sehubungan itu, Exco berkenaan meminta rakyat yang ada tanah mengusaha kannya dengan pelbagai aktiviti pertanian.

“Sekiranya mereka tidak mahu mengusahakannya, tanah berkenaan boleh disewakan kepada orang lain,” katanya di satu majlis di sini.

Haji Omar juga berkata, penduduk juga perlu menternak ayam dan itik di kawasan tanah lapang di rumah mereka.

Penternakan ikan air tawar juga perlu dijalankan oleh penduduk memandangkan bekalannya belum lagi mencukupi untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh penduduk itu secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan kadar inflasi.