Ayat-ayat Qur'an yang ditadaruskan sesuai
AYAT 23-39 Surah al-Isra’ yang ditadaruskan di seluruh majlis tadarus al-Qur’an anjuran Kerajaan Negeri pada Ramadhan ini dan seterusnya hingga ditukar kepada ayat-ayat lain pada Ramadhan depan dipilih kerana ia sesuai untuk menghadapi masalah ekonomi dan gejala tidak sihat di negara sekarang.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan ketika menjelaskan tentang pemilihan ayat-ayat tersebut berkata terjadi sekarang ini anak tidak begitu mempedulikan ibubapa di samping ibubapa pula kurang berhasil dalam memberi pendidikan yang berlandaskan ciri-ciri pembentukan insan berilmu dan bertaqwa.

Ayat yang dipilih itu juga boleh dikaitkan dengan keadaan ekonomi yang gawat dan akhlak masyarakat yang rendah sekarang. Dalam soal ekonomi, ayat yang dipilih menggariskan panduan tentang perbelanjaan supaya berjimat tetapi tidak jadi kedekut dan tidak terlalu pemurah sehingga jadi boros kerana boros adalah amalan syaitan Tentang kemasyarakatan pula ayat-ayat berkenaan memperingatkan supaya jangan mendekati zina dengan melarang pergaulan bebas lelaki dengan wanita sambil memberi garis panduan tentang berkasih sayang dan kesetiaan yang
mendatangkan pahala.

Tuan Guru Menteri Besar mahukan petikan al-Quran surah al-Isra' ayat 23 hingga 29 yang diedarkan untuk ditadarus pada bulan Ramadhankali ini ditadaruskan berpanjangan di semua masjid, surau, dan madrasah seluruh negeri sepanjang tahun ini sehingga bulan Ramadhan akan datang.