Bantuan ditambah walupun ekonomi negara meleset
PELAJAR yang dibiayai kerajaan Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang belajar di Jordan tidak akan dipanggil pulang, sebaliknya pinjaman untuk mereka dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendi-dikan, Dakwah dan Penerangan, YB Haji Mohamed Daud, berkata kenaikan pinjaman itu bermula akhir tahun lepas.

Katannya, langkah kerajaan negeri tidak memanggil pulang pelajarnya di Jordan menggambarkan tanggung-jawabnya dalam pendidikan agama tetap dipertahankan walaupun keadaan ekonomi kini 'menirus' dan meruncing.

Terdapat 41 pelajar biayaan YAKIN sedang belajar di Jordan dalam pelbagai cabang ilmu berteraskan keislaman.

Langkah kerajaan negeri itu juga membuktikan bahawa kerajaan negeri sanggup berkorban dan menanggung apa jua beban demi kepentingan pendidikan termasuk risiko kos perbelanjaan ekoran kejatuhan nilai ringgit dan kegawatan ekonomi sekarang.

Kenaikan jumlah pinjaman itu secara tidak langsung dapat meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pelajar yang menghadapi kejatuhan nilai RM.

Langkah ini juga dapat memelihara imej Kelantan dan nama baik Malaysia yang berimejkan serba mampu di mata rakyat dan negara Jordan.

Lagi pun kerajaan negeri tidak pernah merasa rugi kerana menanggung bebaban untuk tujuan pendidikan kerana akhirnya ia akan memberi laba dalam bentuk ilmu.

Tindakan kerajaan negeri melalui YAKIN itu merupakan suatu langkah berani dan nekad ketika negeri-negeri lain merancang dan mencadangkan supaya pelajar tajaan dari negeri masing-masing yang sedang menuntut di luar negara khususnya di Jordan dipanggil pulang kerana masalah kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai RM yang mengancam negara.

Langkah kerajaan tidak memaanggil balik 41 pelajar tajaannya di Jordan melegakan ibubapa kepada pelajar terbabit kerana mempunyai sebuah kerajaan yang selalu dicemuh sebagai miskin tetapi bertanggungjawab dan sanggup memikul risiko bagi membolehkan pelajar terlibat menerusakan pelajaran mereka.