Tengku Mahkota sampaikan sumbangan
menjelang Hari Raya
SERAMAI 140 orang termasuk 40  pelajar kurang bernasib baik dari  Jajahan Tumpat menerima sumbangan sempena hari raya tahun ini.

Penyampaian sumbangan dilaksanakan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan bertempat di Dewan Majlis Daerah Tumpat pada 20 Januari lalu.

Sumbangan itu ialah zakat Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan disumbangkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. MAIK menyumbangkan zakat berjumlah RM10,000 untuk
Jajahan Tumpat bagi diagih-agihkan kepada mereka yang layak menerimanya.

Selain daripada  Jajahan Tumpat, Tengku Mahkota turut menyampaikan sumbangan yang serupa di beberapa jajahan lain.