MB terima banyak aduan pegawai ponteng
YAB Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan aduan awam yang diterimanya bahawa terdapat pegawai-pegawai di pejabat tanah dan jajahan yang sering meninggalkan pejabat pada waktu pejabat menyebab-kan orang ramai menghadapi kesulitan untuk berurusan.
Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat sempena lawatan kerja beliau ke Jajahan Kuala Krai baru-baru ini, Tuan Guru Menteri Besar berkata antara rungutan dan aduan yang paling banyak diterima adalah daripada kontraktor yang mahu membayar surat kelulusan membawa bahan binaan (docket) tetapi gagal ber-buat demikian kerana pegawai berkaitan tidak ada di pejabat pada waktu pejabat.

Katanya, jika aduan itu benar, maka jelaslah bahawa perlakuan pegawai terbabit bukan sahaja bertentangan dengan hasrat kerajaan yang mahu mempercepatkan segala urusan dengan rakyat dan menghapus-kan kerenah birokrasi tetapi juga perbuatan sedemikian berten-tangan dengan Islam yang mahukan umatnya amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Sehubungan dengan itu beliau mahukan pegawai terba-bit serta pegawai-pegawai lain termasuk pegawai-pegawai lan-tikan politik dan orang politik sendiri cepat-cepat bertaubat dan tidak terus mengamalkan sikap cuai dalam melaksanakan tugas masing-masing.

YAB Tuan Guru Menteri Besar berkata tugas kakitangan kerajaan tidak seharusnya dilihat sekadar memenuhi tang-gungjawab, sebaliknya hendak-lah menganggap sesuatu kerja itu sebagai ibadah demi untuk mengelak daripada amalan yang tidak sihat seperti rasuah, cuai dalam melaksanakan tugas, ponteng dan sebagainya yang merupakan perbuatan berdosa.

Beliau menyeru mereka yang melakukan kesalahan itu supaya cepat-cepat insaf dan bertaubat.