Cadangan  bekalan air antara negeri akan dikaji dengan teliti dan berhati-hati
KERTAS cadangan kerajaan pusat bagi pembinaan saluran air menggunakan batang paip yang menghubungkan antara neger-negeri akan dikaji dan diperincikan terlebih dahulu sebelum persetujuan diberi, kata Timbalan Menteri Besar YB Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman.

Kajian, penelitian dan perincian terhadap kertas cadangan bagi menentukan bentuk penyelarasan perlu dibuat dengan penuh hati-hati dan teliti, tegasnya.

“Kita perlu melihat perkara itu sama ada melibatkan agensi kerajaan negeri atau perlu dibincang terlebih dahulu pada mesyuarat Exco kerajaan negeri dan persidangan dewan undang-an negeri. Masalah itu perlu diketengahkan melalui saluran yang betul sebelum kerajaan negeri boleh memberi jawapan mengenainya,” tambahnya.

YB Ustaz Haji Abdul Halim berkata cadangan itu masih lagi samar-samar kerana sehingga setakat ini kerajaan negeri belum lagi mendapat gambaran sebenar.

Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato, Seri Dr Mahathir Mohamed  yang dilaporkan berkata pembinaan empangan baru dan saluran paip yang menghubungkan negeri-negeri di Malaysia tetap dilaksanakan walaupun melibatkan kos yang tinggi dan kerjasama negeri-negeri diperlukan.