Rakyat tidak boleh dipaksa untuk menyokong kesilapan
MENTERI Besar YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kita sepatutnya rasa malu untuk menagih dari-pada rakyat bagi membantu memulihkan ekonomi negara yang lumpuh kerana keborosan dan pengurusan tidak cekap.

“Apatah lagi jika wang negara dibelanjakan sesuka hati sedangkan pada masa yang sama memandang lekeh pera-saan dan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan pem-borosan akan membawa padah,” tegasnya.

Menteri Besar berkata, atas kesilapan yang telah dilakukan, maka rakyat berhak untuk membuat hukuman mereka melalui kuasa dan cara yang mereka ada. Rakyat tidak boleh dipaksa untuk menyokong kesilapan dan mereka tidak boleh dibeban atau ditekan melakukan sesuatu yang mereka tidak suka.

Bagaimanapun, beliau men-jelaskan Kerajaan Negeri pada dasarnya menyokong segala objektif Pelan Pemulihan Eko-nomi Negara (PPEN) yang dicadangkan oleh Majlis Tin-dakan Ekonomi Negara (MTEN).

Kerajaan negeri berpen-dirian setiap usaha kerajaan persekutuan dalam memulihkan ekonomi perlu disokong asal-kan tidak membebankan rakyat, katanya ketika diminta mengu-las Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumumkan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin.

“Yang penting, sebarang tindakan janganlah membeban, menekan, menyusahkan rakyat dengan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat. Di samping itu amalan  bermewah-mewah  hen-daklah dihapuskan. Lagipun bersikap boros apatah lagi dengan tujuan mahu menunjuk-nunjuk  merupakan amalan syaitan yang sangat terkutuk,” tegasnya.

Tambahnya, seelok-eloknya sewaktu zaman mewah, apabila berbelanja hendaklah diambil kira tentang faedahnya kepada rakyat kerana wang kerajaan adalah wang rakyat dan kerajaan mrupakan pemegang amanah rakyat yang dipertang-gungjawabkan menguruskan kewangan negara secara cermat dan bijaksana.