Tumpu kepada Sektor Ekonomi yang Kita Punyai Kekuatan Tersendiri
Pendekatan satu kumpulan desperados yang mahu melihat Kelantan terdera dan menunggu untuk mengatakan kerajaan negeri gagal memajukan negeri dan pembangunan rakyat adalah pendekatan dari jiwa yang sempit dan negatif.  Pencapaian ekonomi Kelantan hendaklah dilihat dalam konteks tanggung-jawab Negeri dan Persekutuan kerana Kelantan masih diikat sebagai unit Persekutuan. Jika Kelantan mundur, bermakna Persekutuan juga gagal dan begitulah sebaliknya. . .

Tentang kemajuan negeri, kita mestilah berge-rak di atas kekuatan kita sendiri. Kita tidak perlu terpengaruh dengan orang lain semata-mata kerana mahu mencatat angka pertumbuhan yang tinggi. Bagi Kelantan ada sektor tertentu di mana kita mempunyai kekuatan dan tumpuan hendaklah diberi bagi sektor-sektor ini.