MB berterus-terusan terima kunjungan pembesar dari dalam dan luar negeri
KELANTAN berterus-terusan menerima kunjungan daripada para pembesar peringkat pusat dan luar negara baru-baru ini.  Mereka bertemu, beramah mesra dan berbincang dengan Menteri Besar, YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Antaranya ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji, pegawai-pegawai atasan Beras Dan Padi Nasional (BERNAS),  pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.
Manakala rombongan luar negara pula ialah Duta Iran Ke Malaysia, mufti Australia  dan Konsul General Thailand yang baru.

Kehadiran mereka semestinyalah juga dengan tujuan meninjau ketelusan pentadbiran kerajaan berteraskan ajaran al-Quran dan Hadis yang dilaksanakan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Rata-rata rombongan dari dalam dan luar negara yang mengunjungi Menteri Besar kagum dengan keupayaan kerajaan pimpinan ulamak yang sentiasa telus dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan secara berancang atau secara kebetulan.

Masing-masing juga berpandangan bahawa rakyat Malaysia dan negara-negara lain akan dapat merasakan nikmat kehi-dupan sejahtera sejati jika apa yang sedang dipraktikkan di Kelantan turut dieksploitasi sebagai suatu dasar dan corak pentadbiran.