1.8 juta daripada 2.274 juta pelancong ke Kelantan pelancong dalam negeri
PENGURUS Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Encik Sulaiman Ismail, berkata, Kelantan mengalu-alukan lang-kah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), dalam menjayakan program ‘Malaysia Destinasiku’ kerana industri pelancongan negeri ini banyak bergantung kepada pelancong dalam negeri.

Sebagai contoh, katanya, daripada sejumlah 2.274 juta pelancong yang berkunjung ke Kelantan pada tahun lepas, seramai 1.8 juta adalah pelancong dalam negeri.

Beliau berharap hasil program yang dibuat oleh LPPM, apatah lagi dengan membabitkan pihak media massa , bilangan pengunjung ke Kelantan akan bertambah pada masa akan datang.

“Setiap pengunjung akan mendapat jaminan kepuasan sepanjang berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga yang juga dikenali sejak zaman berzaman dengan jolokan Negeri Serambi Mekah, Tadahan Wahyu,” tegasnya.

LPPM dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) telah memilih perkam-pungan nelayan Pulau Suri di Tumpat sebagai markas per-kampungan selama lima hari dalam siri lawatan di bawah program ‘Malaysia Destinasi-ku’ LPPM bagi tahun ini yang mana Kelantan menjadi antara destinasinya.

Penolong Pengarah Pengga-lakan Pelancongan Dalam Ne-geri Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Encik Jamil Darus, berkata apa-bila LPPM menganjurkan pro-gram berkaitan, maka Kelantan menjadi antara negeri yang disenaraikan oleh lembaga itu.

Anggota rombongan yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, petugas agensi pelan-congan dan wakil media cetak dan elektronik telah diberi pe-luang menikmati hidup harian masyarakat nelayan di perkam-pungan berkenaan sama ada dari segi pergaulan, kerja harian dan kegiatan kebudayaan.

Menurut Jamil, Kelantan yang kaya dengan pelbagai keunikan sama ada dari sudut resam hidup mahu pun seni budayanya cukup berpotensi untuk dijadikan fokus kepada pelbagai usaha penggalakan bagi industri pelancongan khususnya yang membabitkan penglibatan para pelancong dalam negara.

Antara tujuan program itu bagi menggalakkan orang dalam negeri melawat tempat pelan-congan dalam negeri dan mem-bantu menyekat wang negara daripada mengalir keluar.