Langkah perelok dan perbaiki penggunaan nama bukannya remeh
MENTERI Besar YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakannya menukarkan nama tempat-tempat tertentu seperti nama pantai dan pasar besar akan dipandang cemeh oleh kalangan yang berfikiran 'selapis' tetapi ia bukan perkara remeh-temeh jika difikir dan direnung secara mendalam.

Berucap pada ‘Majlis Tok Guru Menteri Besar Bersama Rakyat’ di Pulau Teluk Rajuna Tumpat baru-baru ini, beliau berkata ada kalangan yang mempercemehkan beliau dan kerajaan yang dipimpinnya kerana menukar nama daripada Pantai Cinta Berahi (PCB) kepada Pantai Cahaya Bulan dan Pasar Besar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khadijah.

“Mereka kata apa ada pada nama dan untuk penukaran na-ma-nama seperti itu bukan kerja sebuah kerajaan,” tegasnya.

Menurut Tuan Guru Menteri Besar, mereka yang beranggap-an sedemikian sebenarnya tidak cuba mendalami Islam. Sedang-kan memberikan nama-nama indah dari sudut sebutan dan makananya adalah sangat dituntut kerana nama itu akan menentukan imej, maruah dan standard.

Dengan berseloroh beliau berkata: “....kalau betul nama tidak ada apa-apa, kenapa tidak diberina nama anak dengan nama tunggul atau nama jambang umpamanya serta nama-nama lain lagi.”

Beliau mahukan pandangan, fikiran dan perbuatan kalangan yang sedemikian ditolak, sebaliknya masing-masing hendaklah berusaha membaiki dan memperelokkan pengguna-an nama, cara berfikir, cara bercakap, cara bekerja dan dalam berperlakuan supaya sejajar dengan tuntutan Islam.

“Berbanggalah jadi orang yang mengamalkan cara hidup Islam dan rasa aiblah serta hina dan rasa kotor lagi berdosa jadi orang jahil,” pinta Tuan Guru Menteri Besar.