Bina tukun tiruan untuk bantu tingkatkan hasil perikanan
KERAJAAN Kelantan melipat-gandakan usaha bagi meningkatkan sumber ikan di perairan negeri ini dengan membantu nelayan membina tukun tiruan di beberapa kawasan yang bersesuaian.

Sehingga ini sebanyak 12 kawasan sudah dibina tukun tiruan, kata Pengerusi Jawatan-kuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad.

Katanya, usaha itu dilakukan memandangkan bekalan ikan yang dihasilkan oleh nelayan bagi keperluan di negeri ini belum lagi mencukupi.

YB Haji Omar berkata, penduduk Kelantan memerlu-kan kira-kira 37,000 tan metrik ikan setahun berbanding dengan jumlah tangkapan sekitar 27,000 metrik tan sahaja bagi tempoh yang sama.

“Kita harap dengan pembinaan tukun-tukun tiruan bagi pembiakan ikan, sumber ikan akan bertambah,” katanya selepas melakukan upacara penurunan tukun tiruan yang diperbuat daripada kongkrit baru-baru ini sempena majlis perjumpaan beliau dengan masyarakat nelayan di Kemeruk, Sabak baru-baru ini.

Tukun tiruan daripada konkrit tidak mudah dimusnahkan oleh pukat tunda dan lain-lain jenis pukat.