Persatuan Nelayan Kemeruk cadang turunkan 3,000 tukun tiruan
PERSATUAN Nelayan Kemeruk, Sabak di Pengkalan Chepa bercadang menurunkan 3,000 tukun tiruan bagi meliputi kawasan seluas 10,000 meter persegi di dasar laut sekitar pantai Sabak.

Demikian diberitahu Pengerusi Persa-tuan tersebut, Nik Hassan Nik Ibrahim, di upacara melepaskan 180 buah tukun di dasar laut kira-kira enam batu nautika dari pantai Sabak 14 Julai lalu.   Persatuan telah membuat sebanyak 60 tukun konkrit berkenaan manakala Pengerusi Jawatan-kuasa Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa, YB Haji Omar Mohamad, turut menambah bantuan sebanyak 120 tukun  yang diturunkan ke dasar laut sedalam 20-30 meter.
Setiap tukun berharga RM20 sebuah.

Upacara menurunkan tukun itu telah disertai oleh YB Haji Omar, Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Sani Mohamad, Persatuan Nelayan Kemeruk, Sabak dengan disaksikan oleh pemberita dan jurugambar sebaran am.