Maten Kelantan bincang persoalan akhlak

MAJLIS Tindakan Ekonomi Negeri Kelantan (Maten) akan turut membincangkan perkara-perkara tentang kesedaran dan pembangunan akhlak di dalam mesyuaratnya.

YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyatakan demikian di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini menjelaskan bahawa perkara akhlak ini adalah penting bagi memastikan langkah-langkah yang dikemukakan Maten dalam menangani masalah ekonomi sekarang akan benar-benar berkesan.

Sebelum itu YB Zulkifli Mamat (PAS - Pulai Chondong) meminta Maten Kelantan memasukkan soal akhlak di dalam perbincangan Maten kerana menurutnya langkah-langkah Maten tidak akan berkesan sekiranya perkara akhlak tidak dijadikan agenda perbincangannya.


HOME