Kelantan tidak tambah ahli Exco

YAB Menteri Besar Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Nik Mat, berakata, kerajaan yang diketuainya belum bercadang menambah jumlah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada sembilan kepada 11.

“Jumlah ahli Exco yang ada sudah mampu memenuhi keperluan tugas dan tidak ada sebab bilangannya hendak ditambah, lebih-lebih lagi dalam keadaan (kemelesetan ekonomi) sekarang,” tegasnya ketika menjawab pertanyaan selepas melawat dan diberi taklimat  kilang papan Kumpulan Syarikat Binaan Budi Sdn Bhd di Kuala Krai, 4 Mac lalu.

Katanya, walaupun menurut kuota masih boleh diisi dua lagi jawatan Exco, langkah kerajaan tidak menambah bilangan yang sedia ada,  adalah selaras dengan amalan berjimat cermat, berikutan masalah kegawatan ekonomi sekarang.

“Saya yakin ahli Exco yang ada sekarang mampu menjalan-kan tugas dan tanggungjawab berdasarkan portfolio masing-masing,” tegasnya.

Turut serta dalam rombong-an melawat kilang papan yang dipercayai termoden di Asia Tenggara  itu ialah YB Timbalan Menteri Besar, Haji Abdul Halim Abdul Rahman dan semua anggota Exco.


HOME