Semua pihak swasta diajak jayakan projek Tok Bali

KERAJAAN Kelantan meng-galakkan semua pihak swasta membabitkan diri secara langsung di dalam projek bandar perikanan di Tok Bali, Semerak, kata Timbalan Menteri Besar YB Haji Abd. Halim Abd. Rahman.

Kerajaan Pusat sudah pun bersetuju dengan projek itu dan akan dilaksanakan oleh Perba-danan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) serta swasta.

Dengan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kera-jaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar, Sains dan Tekno-logi, menggesa pengusaha-pengusaha yang berminat supaya mengadakan projek bersepadu dengan PKINK bagi mempercepatkan pembangun-an di kawasan itu.

Ketika menjawab soalan daripada YB Kamaruddin Mohd. Nor (BN - Semerak) di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini, Haji Abd. Halim berkata projek  berharga RM1.55 bilion itu dijangka siap pada tahun 2005 bagi menjadikan Tok Bali sebagai bandar perikanan termoden di rantau ini.

Beliau menjelaskan taman industri marin berharga kira-kira RM300 juta adalah antara komponen infrastruktur bidang perikanan yang akan dibina di situ.

Selain itu pelbagai kemudahan seperti taman industri perikanan, institusi latihan sumber manusia, perumahan, sekolah dan pusat peranginan turut menjadi komponen projek tersebut.

Menurut beliau projek bandar perikanan itu apabila siap nanti dapat menampung 70  peratus keperluan ikan dalam negara.

“Sekaligus ini dapat mengatasi import ikan dari negara jiran,” kata beliau. 


HOME