Pentadbiran masjid patut dampingi remaja

PROGRAM tertentu perlu dirancang dan dilaksnakan secara sukarela oleh pihak pentadbir setiap masjid, surau dan madarash untuk menyumbang ke arah menangani masalah remaja, kata Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Shukri Mohamad.

Ketika menyampaikan cera-mahnya bertajuk 'Isu-Isu Remaja Dari Sudut Agama Dan Akhlak' di Seminar Kesihatan Anjuran Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Kelantan baru-baru ini, beliau berkata masjid, surau dan madrasah juga patut dimanfaatkan bagi menangani masalah remaja masa kini.

Sehubungan dengan itu beliau menyarankan agar sesiapa yang ada bakat kepim-pinan dan mampu mengambil hati remaja disenarai-kan sebagai antara tenaga pentadbir masjid, surau dan madrasah supaya dengan bakat yang ada mereka akan dapat digunakan untuk mentarbiah kalangan remaja.
Katanya, keruntuhan moral di kalangan remaja tidak boleh dipersalahkan kepada remaja seratus peratus tetapi golongan dewasa khususnya ibubapa patut memeriksa kesilapan masing-masing kerana remaja akan ikut apa yang orang dewasa buat.


HOME