YIK dan Terajati majukan ladang hutan

YAYASAN Islam Kelantan (YIK) dan Syarikat Terajati Sdn Bhd. menandatangani perjanjian usahasama bagi memajukan tanah seluas 2624 hektar di Sungai Rek, Lebir dan Olak Jeram. Tanah kepunyaan YIK itu akan dimajukan sebagai ladang hutan yang ditanam kayu jati dengan melibatkan modal RM60 juta. YIK memegang ekuiti 30% dalam usahasama ini.

Gambar: YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi YIK dan Cik Norliza Tang Abdullah dari Terajati Sdn. Bhd. me-nandatangani perjanjian berkenaan dalam satu majlis di Hotel Ansar baru-baru ini.


HOME