Projek petrokimia Pantai Senok tidak ditangguh

TIDAK tepat untuk mengatakan projek petrokimia di Pantai Senok, Bachok sebagai tertangguh kerana sebenarnya  KUB Berhad, rakan kongsi Keloil Sdn. Bhd., yang melaksanakan projek itu  bercadang meneliti semula  masalah mengimport kompo-nen-komponen utama projek itu bagi diimbangkan dengan beban pertukaran wang asing  yang dihadapi negara sekarang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abd. Halim Abd. Rahman memberitahu Dewan Undangan Negeri Kelantan bahawa kekeliruan tentang kedudukan projek itu berlaku setelah kenyataan  KUB Bhd pada 3 Disember lalu disalah lapor oleh beberapa akhbar tempatan.
Laporan itu menyebut bahawa penang-guhan projek petrokimia itu selaras dengan hasrat kerajaan mengurangkan aliran wang ke luar negara secara tidak menggalakkan penggunaan komponen import.

Haji Abd. Halim berkata, KUB Bhd. telah memberitahu Keloil Sdn. Bhd. hasratnya meneliti semula projek itu kerana hendak mengurangkan import komponen-komponen utama.

“Dengan demikian soal menangguh projek itu tidak timbul sama sekali dan Kerajaan Negeri tidak pernah menang-guhkan projek itu,” kata Haji Abd. Halim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tem-patan, Perumahan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi.

Beliau menjawab soalan YB Mohd. Adhan Kechik (BN-Kemahang) yang bertanya berdasarkan laporan akhbar bahawa KUB Bhd. menangguh-kan perlaksanaan projek terse-but ke satu tempoh yang akan ditetapkan.

KUB Bhd. ialah rakan kongsi Keloil Sdn. Bhd. (anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan - PKINK) yang akan membina kompleks  petrokimia berharga RM 2 bilion di Pantai Senok, Bachok.

Projek ini akan menjadikan kawasan seluas 2,000 hektar di Pantai Senok sebagai pusat kegiatan hiliran bagi industri gas dan minyak di Kelantan, yang dijangka siap pada tahun 2003.
Sebagai menjawab soalan tambahan daripada YB Ahmad Rosli (BN-Salor), Haji Abd. Halim berkata, bila tapak projek petrokimia di Pantai Senok Bachok akan dibina adalah bergantung kepada usaha pengambilan tanah berdasarkan kepada Akta Tanah Negara yang baru dipinda.
Menjawab soalan lain, beliau berkata kebenaran Petronas tidak diperlukan untuk melaksa--nakan projek usahasama antara Keloil dengan Petroleum Authority of Thailand (PTT).

PTT akan membekalkan gas dari Thailand bagi projek membalang gas yang dijalankan oleh anak syarikat Keloil Sdn. Bhd. di Pantai Senok.

Bagi menjawab soalan tambahan Adhan Kechik, Haji Abd. Halim berkata Petronas, bagaimanapun, telah dimaklumkan tentang usaha sama berkenaan manakala lesen bagi melaksanakan projek itu telahpun didapati.


HOME