Kegawatan tidak jejaskan pelajar tajaan Yakin

BERIKUTAN kegawatan ekonomi dan kemerosotan nilai ringgit sekarang, Ya-yasan Kelantan Darulnaim (Yakin) menam-bah peruntukan sebanyak RM82,000 kepada pelajar tajaannya yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara.

“Mesyuarat Lembaga Yakin pada Di-sember lalu memutuskan untuk menambah pinjaman sebanyak RM2,000 bagi setiap pelajar terbabit,” kata Pengerusi Jawatan-kuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB  Ustaz Mohamad Daud.

Sebelum ini pelajar Kelantan menerima pinjaman sebanyak RM5000 setahun daripada Yakin.
Menjawab soalan YB Mohamad Razali Che Mamat di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini, beliau menegaskan pihaknya tidak akan memanggil balik pelajar tajaan Yakin itu. 


HOME