Penswastaan pelupusan sampah masih dalam rundingan

TUGAS mengangkut sampah di kawasan majlis perbandaran di Kelantan yang mula diswastakan Ogos ini di bawah Akta Pelupusan Sampah masih lagi dalam perbincangan antara Kerajaan Kelantan dengan Alam Flora Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang ditunjukkan untuk mengambil alih tugas itu daripada penguasa tempatan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman, membe-ritahu antara perkara yang ditimbulkan oleh Kerajaan Negeri ialah soal perlantikan sya-rikat tempatan oleh Alam Flora.

Selain ini penyerapan pentadbiran mem-babitkan unit pemungutan dan pengurusan sampah dalam penguasa tempatan sekarang kepada Alam Flora turut dibincangkan.

Sambil itu Kerajaan Negeri juga cuba mempastikan keupayaan Alam Flora kerana didapati ada dakwaan mengenai kelemahan dalam perkhidmatannya di tempat lain.

Beliau menegaskan prestasi Alam Flora kelak turut mencerminkan imej Kelantan.
Menurut beliau lagi Kerajaan Negeri pula perlu membuat rundingan tentang ekuiti lima peratus yang akan diagihkan ke-pada semua penguasa tempatan di Kelantan.

Beliau juga menganggap tidak tepat mengatakan Kota Bharu kotor dan busuk sedangkan bandar ini pernah memenangi berbagai-bagai hadiah pengurusandi sam-ping diiktiraf kelima bersih dan indah di seluruh negara tahun lalu.

Beliau menjawab soalan YB Mohd. Adhan Kechik (BN-Kemahang) di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini. Alam Flora ialah konsortium  daripada Hicom, Pembinaan Jaya Bumi, Kumpulan Jetson dan Kerajaan Selangor, Terengganu, Pahang dan Kelantan. Setiap kerajaan negeri memegang ekuiti 5%.


HOME