Tanam pucuk paku gamatkan dewan

MUNGKIN belum kedengaran lagi pucuk paku yang tumbuh liar di tanah-tanah berpaya, ditanam secara berkebun.

Tetapi hujah YB Dato’ Rozali Isohak (BN-Dabong) di Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini tentang import pucuk paku dari negara jiran sebagai contoh kegagalan dasar pertanian negeri Kelantan menyebabkan hadirin di dewan gamat dengan ketawa.

“Kalau pucuk paku masih diimport setuju atau tidak sekiranya saya katakan dasar kerajaan negeri berhubung pertanian adalah gagal,” katanya.

Speaker,  YB Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, mencelah dengan meminta wakil Dabong itu ambil peranan mengem-bangkan tanaman itu.

Atas perkara yang sama, Ahli Exco berkenaan, YB Haji Omar Muhamad meminta kerjasama wakil Dabong itu untuk mengusahakan tanaman pucuk paku.


HOME