Enakmen Keluarga Islam Kelantan dapat kurangkan perceraian

PERLAKSANAAN Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (EKINK) sejak 1984 berjaya mengurangkan perceraian antara 20 hingga 30 peratus.

Pengurangan kadar perce-raian umat Islam itu adalah hasil kesedaran keluarga Islam mengenai peraturan yang terkandung dalam EKINK, kata Kadi Besar Kelantan, Dato' Daud Mohamad.
Katanya, EKINK tidak membolehkan suami melafaz-kan talaq terhadap isteri tanpa kebenaran mahkamah syariah yang mana mengikut EKINK No.1/1983, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000. Sebelum EKINK dilaksana-kan iaitu antara tahun 1976 hingga 1983, sebanyak 32,253 kes perceraian dilaporkan.

Bagaimanapun, sebanyak 4,339 pasangan rujuk semula. Bagi tempoh 1994-1997, sebanyak 145,779 perkahwinan didaftarkan termasuk poligami di negeri ini dan dari jumlah itu sebanyak 22,146 pasangan bercerai menerusi kadi jajahan masing-masing.
Perceraian poligami juga berkurangan selepas EKINK dilaksanakan iaitu sebvanyak 860 kes sahaja.


HOME