Rantau Panjang jadi laluan kedua import-eksport ikan

PEKAN Rantau Panjang diwartakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai pintu masuk kedua untuk urusan eksport dan import bekalan ikan dari Kelantan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini.

Pengarah Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Mohd Anis Ajmal Mohamad, berkata laluan kedua itu diwarta-kan setelah mengambil kira keperluan serta kemudahan kepada para pelesen yang terlibat dalam urusan import-eksport bekalan ikan di negeri ini.

Sebelum ini LKIM hanya mewartakan Pengkalan Kubur sebagai laluan tunggal bagi kemudahan 50 orang pelesen import-eksport ikan di Kelantan.

Katanya, Rantau Panjang diwartakan sebagai laluan kedua import-eksport ikan setelah menyedari masalah yang ada di laluan Pengkalan Kubur-Takbai (Thailand).

Mohd Anis baru-baru ini meninjau tapak cadangan pembinaan pejabat LKIM untuk urusan pemeriksaan import-eksport ikan bagi laluan kedua di Pekan Rantau Panjang.

Bagaimanapun, katanya, walaupun sudah diwartan sebagai laluan kedua untuk import-eksport ikan, namun ia masih belum dapat beroperasi pada masa ini kerana beberapa masalah yang timbul.
Beliau yakin ini akan dapat diatasi apabila Kompleks Imigresen siap dibina dan struktur jalan yang sempit dibaiki sedikit masa lagi. Katanya, LKIM sendiri perlu ada pejabat di Rantau Panjang.


HOME