Bersyukur kerana rakyat Kelantan tidak terpedaya dengan pencakar langit

KERAJAAN Kelantan sentiasa memberi perhatian yang sungguh-sungguh bagi mencer-gaskan sektor pertanian.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Haji Abdul Halim Abdul Rahman, berkata, ini kerana Kerajaan Negeri yakin makanan menjadi bahan terpen-ting bagi makhluk bernyawa.

“Sekalipun dalam keadaan berjimat-jimat kerana sumber kewangan yang tidak banyak, Kerajaan Kelantan sanggup membelanjakan RM3.5 juta setiap tahun bagi menyediakan baja subsidi kepada petani yang tidak diberikan baja subsidi oleh Kerajaan Pusat,” tegasnya ketika berucap merasmikan pelancaran pemulihan tanah terbiar Kampung Tok Dokang di sini, baru-baru ini.

“Katanya, Kerajaan Negeri bersyukur kerana rakyat Kelantan tidak terlalu terpedaya dengan pembangunan berben-tuk pencakar langit yang membuatkan mereka lupakan sawah ladang, malah  meman-dang jijik pada lumpur sawah.

Barangkali kerana menye-dari bahawa makanan menjadi keperluan utama, maka masih ramai di kalangan rakyat Kelantan yang menjadi petani meneruskan kerja mereka terutama dalam bidang  penanaman padi.

“Hasilnya sebanyak 3,300 tan metrik padi berjaya dihasilkan setiap tahun dan jumlah itu melebih keperluan dalam negeri, berjumlah 120,000 tan metrik,” tegasnya.


HOME