Lawatan ADUN ke kilang gas jadikan Kerajaan Kelantan lebih telus

HASRAT Kerajaan Kelantan menjadikan pentadbirannya telus dan mahukan teguran membina daripada wakil-wakil rakyat terbukti apabila Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dijemput melawat dan mendengar taklimat projek petrokimia di Pantai Senok, Bachok selepas sidang DUN 3 Mac lalu.

Rombongan ADUN yang diketuai oleh YB Speaker, Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah, turut disertai oleh ADUN dari parti pembangkang YB Haji Omar Mohamad (BN-Galas) dan YB Haji Kamarud-din Mohd. Nor (BN-Semerak).  YB Timbalan Menteri Besar, Haji Abd. Halim Abd. Rahman turut serta.

Bagaimanapun, tidak semua wakil rakyat dari pihak pem-bangkang mahupun kerajaan hadir untuk menggunakan peluang menyaksi dan mende-ngar taklimat tentang projek tersebut yang dikira sebagai projek amat penting untuk mengubah asas dan corak ekonomi serta pembangunan Kelantan pada alaf mendatang.

YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar yang uzur tidak dapat hadir.  Bagaimanapun, beliau sudah melawat  projek itu secara senyap-senyap pada 3 September lalu. Beliau diberi taklimat oleh Ketua Eksekutif PKINK, Wan Zulkefli Yusoff, serta pegawai-pegawai kilang.

“Sebelum ini ada pihak yang mengatakan Kelantan hanya mampu menggubal undang-undang Hudud sahaja, sedang-kan pembangunan ekonomi tidak diberi perhatian serius.

“Dakwaan mereka itu terja-wab sekarang.  Mereka boleh melihat sendiri perkembangan projek gas yang dijalankan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang hampir siap,” kata YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar setelah menyaksikan kerja-kerja per-mulaan pemasangan jentera-jentera membuat balang gas memasukkan gas ke balang di kilang berkenaan.

Kilang-kilang yang ada sekarang membabitkan usaha anak-anak syarikat PKINK (Keloil Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya) sahaja dalam bidang membuat balang gas, mengisi gas ke dalam balang dan memasarkan gas terus kepada pengguna.  Sehubungan dengan ini Keloil Bottling telah mengadakan kerjasama dengan Petroleum Authority of Thai-land (PTT) bagi pembekalan gas dari Thailand.

Usahasama PKINK mene-rusi Keloil Sdn. Bhd. dengan KUB Berhad yang dimeterai pada 4 April tahun lalu bagi membangunkan projek petro-kimia belum lagi terlaksana. KUB Berhad dikatakan masih menangguhkan pelaburannya berikutan kegawatan meng-hadapi ruduman ekonomi negara sekarang.


HOME