Pembangunan Tok Bali akan beri banyak peluang

KELANTAN akan mempunyai pusat pendaratan ikan yang dipercayai terbesar di Asia Tenggara apabila  pembinaan-nya menjadi kenyataan nanti.

Menteri Besar YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pusat itu yang akan dibina di Tok Bali akan memberi pelbagai manfaat kepada penduduk setempat terutama di jajahan Pasir Puteh dan Bachok.

Berucap merasmikan Mad-rasah Majidiah Kampung Alor Pasir di sini baru-baru ini, beliau berkata pusat/jeti penda-ratan ikan itu akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta.

Katanya, setakat ini seorang usahawan iaitu Datuk Annuar Osman sudah pun menjamin kesanggupan untuk menye-diakan kemudahan di pusat berkenaan yang akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kawasan sekitar.

Tuan Guru Dato' Menteri Besar berkata projek yang apa-bila siap sepenuhnya menelan belanja berbilion ringgit itu perlu dilaksanakan dengan teliti termasuk memastikan ianya mampu memberi keuntungan  kepada semua pihak.

“Pelaksanaan pusat penda-ratan ikan Tok Bali itu membuk-tikan bahawa bahawa Kerajaan Kelantan tidak hanya memu-satkan perhatian kepada pemba-nguan dan perkembangan rohani sahaja tetapi juga bertanggungjawab dan me-ngambil tanggungjawab melak-sanakan pem-bangunan fizikal mengikut ke-mampuan yang ada,” tegasnya.


HOME