Pelbagai jabatan di bengkel rancang atasi masalah remaja

BENGKEL bagi mempastikan rancangan dan tindakan untuk mengatasi Permasalahan Remaja Peringkat Negeri Kelantan disertai pelbagai agensi kerajaan negeri dan Pusat.

Bengkel dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri melalui Unit Pembangunan Belianya dan dirasmikan oleh Menteri Besar disebuah hotel di Kota Bharu pada pertengahan Mei lalu.

Antara jabatan yang menyertai bengkel itu termasuk Polis, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Negeri, Jabatan Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan.


HOME