Kawasan industri baru di Jeli

KILANG-KILANG yang berselerak di pekan Jeli akan ditempatkan di satu kawasan perindustrian baru apabila projek bandar baru Jeli dijalankan tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, mengikut perancangannya, kilang-kilang  tersebut akan dipindah ke kawasan perindustrian iaitu di tanah milik Perbadananan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dekat Berdang.

“Cadangan itu diambil kira setelah mendapat maklum balas daripada orang ramai tengan ancaman pencemaran asap yang berlebihan ke atas penduduk dan pencemaran di kawasan tumpuan orang ramai,” katanya.


HOME