Kompleks petrokimia beroperasi tahun 2003

PEMBINAAN kompleks petrokimia di Pantai Senok, Bachok bagi menjalankan projek industri hiliran gas dan minyak dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun 2003.

Jaminan itu diberi oleh Pengerusi KUB Bhd, Datuk Hassan Harun, ketika berucap di majlis perasmian kilang tekstil KUB di Pengkalan Chepa oleh Perdana Menteri 4 April lalu.

KUB menjalankan usahasama bagi menjayakan projek tersebut dengan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan iaitu Keloil Sdn Bhd.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani di antara dua pihak terbabit untuk membuat kajian bagi menentukan keseluruhan kos projek itu.

Projek tersebut melibatkan pembangunan industri bersepadu dan penggunaan, pemerosesan, pengedaran serta pengurusan sumber-sumber dari produk petrokimia.

Datuk Hassan berkata, pihaknya begitu serius untuk sama-sama melibatkan diri bagi membangunkan Kelantan.


HOME