RM807.1 juta nilai pelaburan beroperasi

SEJUMLAH RM807.1 juta telah dilaburkan di negeri ini oleh pihak swasta melalui projek usahasama dengan Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan anak-anak syarikatnya sejak tahun 1991 hingga Jun lalu.

Timbalan Menteri Besar, YB Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sebanyak 10 projek usahasama yang telah ditandangani sudah beroperasi bagi menyumbangkan hasil kepada negeri ini.
Di antara projek itu termasuk usahasama projek perladangan kelapa sawit di antara PKINK dan Syarikat Haji Said dan Anak-Anak melibatkan jumlah pelaburan RM2 juta.

Pembelian peralatan kilang LPG Cylinder di antara Keloil Sdn Bhd dan SMG Engineering melibat pelaburan RM26.5 juta.

Pusat Edaran Serantau Gas melibatkan pelaburan RM0.5 juta di antara Keloil Sdn Bhd Associated Gas Light Sdn Bhd. Perladangan limau manis di antara PKINK dan Lemon Gadid Sdn Bhd (RM2.5 juta).

Kilang selinder dan pembotolan LPG di antara Keloil Sdn Bhd dan Petrolium Authority Of Thailand (RM55 juta). Pembangunan hartanah bersepadu di antara PKINK dan MJS Partners (RM0.5 juta).
Penternakan ayam bersepadu dan pengeluaran produk berasaskan ayam di antara Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad dan Sedawan Holding Sdn Bhd (RM16 juta).

Institut Pengajian dan Latihan Kelantan di antara Permodalan Kelantan Berhad dan Arus Harmoni (RM2 juta) dan pembangunan kumpulan matlumat PKINK di antara Permodalan Kelantan Berhad dan Hijau Inovasi Teknologi Sdn Bhd (RM0.7 juta).

Manakala projek lain yang telah ditandatangani iaitu bagi projek pelancongan di Tanah Tinggi Lojing di antara PKINK dan Shanghai Chong Kee Sdn Bhd (62.7 juta).

Pembangunan pusat peranginan Pantai Irama Bachok di antara Kelrest Holding Sdn Bhd dan Rumpun Hijau Sdn Bhd (RM250 juta).

Projek hartanah di antara PKINK dan Malaysia Resources Corporation Sdn Bhd (MRCB)  bernilai RM2 bilion.

Pembangunan kompleks petrokimia di antara Keloil Sdn Bhd dan KUB Sdn Bhd (RM700 juta).
Projek-projek berkenaan kebanyakannya sedang dalam proses penyediaan pelan, penyediaan surat EIA, pembelian tanah dan peringkat akhir kajian perjanjian.


HOME