CATATAN KELANTAN

Semakin ramai berminat belajar di Maahad Dakwah wal Imamah
LEBIH 350 pelajar memohon masuk ke Maahad Dakwah wal Imamah, sebuah institusi pengajian tinggi milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) tetapi hanya dapat menempatkan 110 pelajar sahaja bagi penggal pengajian 1998/99.

Pengga llalui, maahad mengambil 100 orang pelajar. Permohonan yang bertambah ini menunjukkan institusi milik  Kerajaan Kelantan ini semakin menarik perhatian ramai.
Pengajian bermula pada 23 Mei ini.

Hari Keluarga Pengetua YIK
Hari Keluarga Pengetua-Pengetua sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diadakan di Pantai Kemayon, Bachok, baru-baru ini.
YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan turut hadir di majlis hari keluarga tersebut dan menyampaikan ucapan serta beramah mesra dengan pengetua-pengetua serta keluarga yang hadir.
Tok Bali ada 250,000 penduduk menjelang 2009
BANDAR Baru Tok Bali dijangka akan menjadi sebuah bandar baru dengan jumlah penduduknya 250,000 menjelang tahun 2009.

Demikian diberitahu oleh jurucapak To Bali Development Sdn. Bhd. yang mengendalikan projek pembangunan Tok Bali untuk menjadi sebuah bandar perikanan dan pelancongan.

Apabila siap kelak, pembangunan Tok Bali akan menawarkan kira-kira 100,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang tidak semestinya perikanan dan pelancongan sahaja.

Kawasan seluas 2,200 ekar sedang dibangunkan oleh Tok Bali Development Sdn. Bhd. iaitu syarikat usahasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kumpulan Pinang.

Kata jurucakap itu lagi, perundingan-perundingan untuk mengambil tanah oleh pemaju daripada pihak-pihak berkenaan sedang dalam proses dan dijangka dapat diseselaikan hujung tahun ini.  Kira-kira 80 peratus tanah yang akan diambil tidak didiami oleh sesiapa dan ini pihak pemaju tidak menghadapi banyak masalah  berhubung dengan pengambilan tanah.

Jurucakap itu memberitahu, perbelanjaan yang terlibat membangunkan Tok Bali adalah sebanyak RM1.6 bilion membabitkan pembangunan taman industri samudera, pusat perdagangan, perumahan, pusat peranginan dan pelancongan samudera, institusi pendidikan dan kemudahan-kemudahan awam.

Katanya, kilang pemprosesan air batu, bilik sejuk dan jeti pendaratan telah disiapkan.
Katanya lagi, pihaknya yakin kegawatan ekonomi yang dihadapi negara sekarang akan dapat pulih dalam masa dua tahun akan datang. Dengan ini pembangunan Tok Bali dijangka tidak akan menghadapi banyak masalah untuk disiapkan.

Wakaf Baru sebagai pintu masuk pelancong dibersihkan
KERJA-KERJA membersihkan pekan Wakaf Baru giat dijalankan oleh Majlis Daerah Tumpat memandangkan pekan itu merupakan pintu masuk pelancong yang menaiki keretapi ke Kelantan.
Menurut ADUN Wakaf Baru, YB Haji Ramli Abu Bakar, longkang-longkang di sekitar pasar lama pekan itu dibersihkan kerana tersumbat sejak 10 tahun lalu.

Katanya, dengan usaha pembersihan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Tumpat sekarang diharap Wakaf Baru akan bersih daripada kekotoran.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Tumpat dan kakitangannya atas usaha membersihkan Wakaf Baru.