Majlis Orang Cacat dapat bantuan Tabung Serambi Mekah RM40,000

KERAJAAN Kelantan menge-luarkan bantuan RM40,000 melalui Tabung Serambi Mekah kepada Majlis Orang Cacat Kelantan berikutan kebakaran bengkel majlis tersebut pada 29 April tahun lalu.
Sumbangan bantuan itu telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 27 Mei lalu.

Beliau menyampaikan sum-bangan itu kepada Pengerusi Majlis Orang Cacat Kelantan, Datuk Ayoub Zakaria, di pejabat Majlis tersebut.

Kebakaran tersebut meng-akibatkan kerugian kira-kira RM67,000. YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar juga memberi jaminan kesediaan Kerajaan Kelantan meluluskan permo-honan Majlis Pemulihan Orang Cacat Kelantan untuk menda-patkan sebidang tanah sebagai tapak pembinaan Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Spastik.

Katanya, permintaan ini adalah bagi tujuan kebajikan; tidak ada sebab ia dihalang. Difahamkan, majlis tersebut memerlukan tanah seluas 0.3 hektar untuk membina pusat asuhan itu.
Atas tujuan itu,  YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar me-nyarankan supaya permohonan rasmi dibuat bagi membolehkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membincangkannya.

Dalam ucapannya di majlis penyampaian bantuan itu, YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar  menyeru golongan kurang ber-upaya supaya dapat menggu-nakan masa yang berharga dengan membuktikan kebo-lehan masing-masing sebagai teladan.

Di samping itu, katanya, amalan mulia memberi peker-jaan kepada orang cacat hendaklah diteruskan dan ini dapat mengelakkan orang cacat daripada berasa rendah diri kerana kemampuan mereka diterima oleh masyarakat.

Menyentuh tentang peranan Tabung Serambi Mekah, beliau menggesa mereka yang berkemampuan menghulurkan sumbangan kepada tabung ini kerana antara tujuan utama tabung ini ditubuhkan adalah untuk membantu mereka yang ditimpa bencana.