Bekalan air: Kerajaan Kelantan tetap bela rakyat

KERAJAAN yang wujud hasil undi rakyat akan tetap berpihak kepada rakyat dalam menghadapi masalah bekalan air di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Haji Hassan Abdullah.

Katanya, demi rakyat,  kerajaan bersedia berhadapan dengan mana-mana pihak ber-hubung dengan masalah peng-urusan air yang diswastakan.

“Tujuan pengurusan air diswastakan adalah bagi me-mastikan rakyat mendapat ke-mudahan bekalan air yang lebih baik dan lebih sempurna daripa-da sebelum ia diswastakan.

“Jika keadaan tidak berubah, apatah lagi jika bekalan air dan mutu air bertambah teruk, peng-swastaan akan menjadi tidak bermakna apa-apa,” tegasnya ketika diminta mengulas me-ngenai ketidak-seragaman pan-dangan antara pihak kerajaan negeri dan syarikat yang meng-uruskan pembekalan air yang diswastakan, baru-baru ini.

Menyentuh tentang cadang-an tuntutan oleh pihak swasta dalam bekalan air Kelantan ter-hadap Kerajaan Kelantan beliau berkata sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak bagi menda-patkan laba mudah dengan mengambil kesempatan dari mana-mana sudut sekalipun tidak akan dilayan.

YB Haji Hassan berkata kerajaan tidak boleh melayan apa-apa jua tuntutan untuk membuat pembayaran terhadap hal-hal yang tidak jelas kerana wang kerajaan adalah wang rakyat, jika digunakan sewe-nang-wenangnya rakyat akan marah dan menghukum keraja-an melalui pilihan raya.

Beliau berkata, sebarang bentuk usaha bagi mengugut, mengancam atau apa-apa jua tindakan oleh mana-mana pihak bagi memastikan kerajaan tun-duk dan mengalah, bermakna pihak terbabit bukan sahaja akan ditentang oleh kerajaan tetapi ditentang juga oleh kira-kira 1.3 juta rakyat Kelantan. Kerajaan yang disokong rakyat tidak pernah takut untuk memberi pembelaan kepada rakyat.